Sembunyikanlah amalan-amalanmu sebagaimana engkau menyembunyikan rapat-rapat dosamu.
Tak usahlah menceritakannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan mengikis keikhlasanmu.
Tak perlulah melaporkannya kepada dunia, kerana hal itu hanya akan menggugurkan pahalamu.
Yang soleh pasti tahu, bahawa Malaikat Raqib takkan salah mencatatnya meski tidak diceritakan.
Yang solehah pasti paham, bahwa Allaah tak kan keliru membalasnya meski tidak dilaporkan.
"Janganlah kamu tertipu dengan banyaknya amal ibadah yang telah kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allaah menerima amalan kamu atau tidak.
Jangan pula kamu merasa aman dari dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak".
(Imam Hasan Al-Bashri)
0 Response to "Sembunyikanlah Amal Kebaikanmu."
Posting Komentar